____________________________________________________________________________
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah s.a.w bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda s.a.w bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (H.R Ahmad, Tabrani, dan At-Targhib)
_____________________________________________________________________________
Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah". (H.R Tarmizi)
Keterangan: Kalimah Tayyibah dikatakan sebagai kalimah yang paling afdzal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama. Tanpa kalimah ini keimanan dan keIslaman seseorang tidak akan diterima dan tertolak. Alhamdulillah dikatakan sebaik-baik doa kerana maksud puji-pujian ialah satu permintaan. Dan doa ialah satu permintaan kepada Allah SWT. (Mahazir Haq)
______________________________________________________________________________
Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang hamba mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan ikhlas, kecuali dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga ucapannya mencapai ke Arash (serta merta diterima) dengan syarat orang yang mengucapkannya menghindarkan diri dari dosa-dosa besar. (H.R Tarmizi)
Keterangan: Menyebut dengan ikhlas bermaksud malakukannya tanpa riya' dan nifaq iaitu sifat menunjuk-nunjuk dan pura-pura. Sementara menjauhi dosa-dosa besar ialah syarat diterimanya ucapan tersebut dengan lebih cepat lagi, namun kalimah yang diucapkan ketika ia melakukan dosa-dosa besar, ia masih tetap memberi manfaat dan menerima ganjaran disisi Allah SWT. (Mirqat ul Mafatih)
_____________________________________________________________________________



No comments:
Post a Comment