Tuesday, April 29, 2008

Kalimah Tayyibah

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman". (H.R.Muslim)

____________________________________________________________________________

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah s.a.w bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda s.a.w bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (H.R Ahmad, Tabrani, dan At-Targhib)

_____________________________________________________________________________

Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah". (H.R Tarmizi)

Keterangan: Kalimah Tayyibah dikatakan sebagai kalimah yang paling afdzal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama. Tanpa kalimah ini keimanan dan keIslaman seseorang tidak akan diterima dan tertolak. Alhamdulillah dikatakan sebaik-baik doa kerana maksud puji-pujian ialah satu permintaan. Dan doa ialah satu permintaan kepada Allah SWT. (Mahazir Haq)

______________________________________________________________________________

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang hamba mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan ikhlas, kecuali dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga ucapannya mencapai ke Arash (serta merta diterima) dengan syarat orang yang mengucapkannya menghindarkan diri dari dosa-dosa besar. (H.R Tarmizi)

Keterangan: Menyebut dengan ikhlas bermaksud malakukannya tanpa riya' dan nifaq iaitu sifat menunjuk-nunjuk dan pura-pura. Sementara menjauhi dosa-dosa besar ialah syarat diterimanya ucapan tersebut dengan lebih cepat lagi, namun kalimah yang diucapkan ketika ia melakukan dosa-dosa besar, ia masih tetap memberi manfaat dan menerima ganjaran disisi Allah SWT. (Mirqat ul Mafatih)

_____________________________________________________________________________


No comments: